Dalam Rezeki Abang Ada Rezeki Saya
Dalam bisnes sifirnya mudah, ada masalah; anda selesaikan maka ada habuannya.
Semakin banyak masalah yang anda selesaikan, semakin banyak habuan yang anda dapat.
Dalam bisnes juga ada orang perlukan bantuan anda, ada yang tidak perlukan.
oleh itu jangan marah orang yang tidak perlukan bantuan kita, cari orang yang perlukan bantuan kita.
sekiranya sudah bertemu dengan orang yang tepat maka disitulah kita menebar bakti dan tenaga.
Sebab saya selalu teringat anologi mudah ini yang sering diceritakan kepada saya daripada seorang leader.
Katanya kita ini umpama menjual coklat, dan kita percaya bahawa semua orang suka coklat tidak kira muda atau tua. Apabila kita tawarkan coklat kepada pelanggan dan respon pelanggan tidak berminat atau buat double tick. Apakah maknanya perbuatan mereka ini?
Adakah mereka betul betul tidak minat coklat atau ada sebab lain?Ada kemungkinan besar depa ni baru sahaja makan coklat, maka masih kenyang coklat,
ada kemungkinan besar depa ni tengah puasa makan benda benda manis, ada kemungkinan besar depa ini ada sakit dan banyak lagi sebab sebab lain menyebabkan depa menolak tawaran anda.
maka percayalah dalam rezeki abang ada rezeki saya
No comments:
Post a Comment